Monday 26 March 2012

Rumah Lidi Sate

Proses Varnis





Projek Rumah Lidi Sate salah satu cara saya nak hilangkan stress kerja2 harian. Setakat ni dah 2 model yang hampir siap tapi tak sempat nak buat finishing..... Dalam blog ni, saya berminat untuk share dengan public pengalaman membangunkan bilah2 lidi untuk dijadikan satu jenis perhiasan rumah...

Projek 1
Inilah model pertama yang saya buat. Agak tinggi sbb tak ikut skala. Pengalaman pun belum ada, pelan rumah pun main ingat2 aje. Tingkap dan tangga tak sempat nak buat, frust sebab tersilap guna varnis. Patutnya guna varnis yang agak terang. Dan inilah hasilnya.

Pandangan Sisi
Pandangan Depan


Projek 2
Lepas dua tahun, datang balik idea nak main lidi sate, so balik kerja sambil layan cerita Ben 10, saya pun mulakan projek baru. Seperti sebelum ni juga, plan rumah masih guna ikut rasa tekak aje. Tapi kali ini ada penambahbaikan sebab berjaya menghasilkan tangga. Tapi sayang, belum sempat siap buat tingkap adik dah rembat buat hiasan rumah dia..... tapi saya bangga sebab ada juga orang yang sanggup rembat rumah yang tak siap ni.. hahaha
Pandangan sudut 45 darjah dari depan
Pandangan Depan
Pandangan sisi kiri
Rumah kampung kalau tak ada bawah rumah tak sah kan!!



Projek 3
Lepas 2 tahun projek kedua, ilham nak buat projek ke 3 pun sampai. Tapi sehingga blog ini ditulis, model ini belum siap sepenuhnya.. Azam kali ini nak siapkan daun tingkap, pintu dan tangga... then baru varnis...

Struktur pertama yang perlu ada, 'Tiang Rumah'
Bangunkan tiang-tiang tadi seperti kaedah mendirikan rumah sebenar
Proses membumbung dan melantai yang telah siap
Proses mendinding

Proses mendiding telah pun selesai
Tingkap yang menunggu daunnya dipasangkan

Proses menyediakan daun tingkap ini agak rumit kerana tingkap mestilah mempunyai ensel untuk membolehkannya dibuka dan ditutup. Saya akan update gambar seterusnya apabila projek ini selesai kelak.....

12/4/2012
Setelah agak lama saya biarkan rumah ni atas meja, kenalah tambah sikit-sikit.. kata orang sikit-sikit lama-lama siap juga... nah kat bawah ni gambar terkini. Baru try acu2kan tingkap.... agak leceh gak nak dapat tune buat tingkap ni, kira2 adalah 4 kali bukak pasang sbb nak matchkan kedudukan ensel dia..

Buka sikit tingkap

Tingkap boleh ditutup semula. Agak-agak ada lubang 
tepi tingkap tu, nanti tampal langsir hilanglah tu..

Hasil dari prototype tingkap pertama, tingkap-tingkap yang lain
menjadi lebih mudah untuk dipasang... Hujung minggu dapat siapkan 4 pasang
tingkap pun dah kira puas hati.. 16 pasang lagi tengah tunggu...

Pandangan sisi kiri rumah. 
Try posing atas tanah dulu, baru ada feel background dia...
Mula menyesuaikan beranda

Pandangan terkini hadapan rumah

[Update On 14-May-2012]

Tingkap belakang rumah ibu dah pun dipasang semua.. 
Masa untuk menyelesaikan tingkap2 dapur pula

Gambar-gambar terkini Rumah Projek 3 setelah semua tingkap berjaya dilengkapkan....
Pandangan dari bahagian pintu belakang

Pandangan sisi kiri rumah ke sambungan dapur

Ruang yang 'terlopong' tu sebagai asas 'para' rumah tradisional melayu moden

15/6/2012
Agak busy sekarang ni, so, jarang2 usik rumah ni.. 
tapi dalam tak sempat pun terlekatlah juga tangga rumah..
Agak senget sikit, maklumlah kamera murah je ni... Ntah bilalah nak varnis pulak...